Assalamualaikum w.b.t
Ni post pertama aku dalam blog ni. Actually aku bukanlah baru dalam bidang blogger ni. Aku dah pernah ada blog tika masa dulu. Nama blog tu www.kedai-cupcakes.blogspot.com. Tapi disebabkan aku lupa ngn password dia, blog tu tergantung mcm tu jer..dah bertahun kot aku x update.
Kali ni aku nk citer sikit bab hiking. Yang ni di kira sebagai hobi baru aku. Sebenarnya aku dah lama jugak plan nk hiking ni...tapi maybe semangat tak berapa kuat kot. Tertangguh. So baru tahun ni aku mula hiking...hehehe..lama giler peram. So kali ni aku ajak adik aku yg aku namakan Pok Dek. Kebetulan dia tengah cuti. So adalah geng yang nak temankan aku nanti.
So, aku plan nk kuar rumah kul 6.00 pagi. Nak kejar sunrise kunonnya. Tapi hampeh kul 7 baru kuar rumah. Jarak rumah aku ngn Bukit Keluang lebih kurang 27km. Kiranya kalo aku pecut pun lebih kurang 20 minit gak nk sampai sana. Masa aku sampai, adalah nampak 2,3 buah kereta park kat area tangga. Maybe diorang pun sama mcm aku, nak hiking gak. Bukit ni memang sesuai untuk beginner macam aku. Tinggi lebih kurang 300 meter sahaja dari paras laut. View kat puncak bukit ni terlalu cantik. So, jom layan pic yang sempat aku snap ni.










